Jiwa Kacau

Saturday, October 03, 2009

SELAMAT hari RAYA !

Selamat Hari Raya buat semua!!!... Tahun nie aku sekeluarga berhari raya di Kuantan aje... Emak aku cadangnya hendak pulang ke Kelantan pada Hari Raya ke-2. Tapi terpaksa dibatalkan memandangkan ada rombongan meminang dari Johor pada Hari Raya Ke-3. Tidak dilupakan Selamat Hari Raya juga keluarga di Tawau, Sabah. Maaf tak dapat pulang tahun ini kerana Lily tak dapat nak arrangekan cutinya... Insyallah tahun depan kami beraya di Tawau.

Gambar Raya sekeluarga...

Sembahyang Raya tahun agak sesak juga Masjid Medan Tok' Sira. Tak macam tahun lepas yang agak boleh tahan aje, mungkin ramai pulang beraya di Kuantan tahun nie kot! Aku tengok Norman Hakim pun ada... maklumlah bujang kembali huhuu

Isteri, Anak & Aku!

Haziq, Insyirah & Dhani sedang mengutip duit raya dari Achiknya...



Kedatangan raya Bean sekeluarga & Syahrir (Bekas pemimpin haluan kiri Mongolia) huhuuuu...

Hari Raya Pertama macam biasa aku beraya di rumah saja, menunggu tetamu datang. Aku tahan sampai pukul 5 aje, then tumbang atas katil.... sebab penat makan hehehehee...

Dhani beraya di Bukit Goh.

Dhani & Mummy baru balik beraya.

Suasana malam hari raya di depan rumah

Hari Raya Ke-2 pula sempat aku beraya di Bukit Goh (rumah mertua adik aku) & rumah Syahrir... lepas kena balik rumah dah sebab tetamu nak datang. Apapun Dhani suka sangat raya tahun nie.... maklumlah dia dah paham skit-skit...

Ketika beraya di rumah mertua Syukur.

Isteriku bersama Suzie (isteri Syukur)

Sempat beraya di rumah kekanda Izzat di Damansara...

Pada Hari Raya Ke-3 sebelah malamnya rombongan meminang adik perempuanku pun datang. Tunggu punya tunggu... pukul 9 malam lebih baru sampai... walaubagaimanapun semua urusan berjalan dengan lancar seadanya.... & insyallah kerja kahwin akan diadakan pada bulan 6 tahun depan Allahamdulillah...

Ayah mertua adik aku & Angah Misai sedang bersantai.. menunggu rombongan

Suasana peminangan.

Sesudah bakal ibu mertua menyarung cincin pertunangan.

Umie Yatie, Semek, Lily & Dhani...

Dhani bersama hantaran peminangan

Mummy Dhani pun nak bergambar gak dengan hantaran!

Terima kasih pada semua kaum keluarga dari KL, Kemaman & Bukit Goh kerana sudi membantu sepanjang proses peminangan berjalan terutamanya Angah Misai selaku wakil & jurucakap pihak perempuan...


Dhani bergambar dengan duit rayanya...

Pada Hari Raya ke-5 ketika keluarga dari Terengganu singgah beraya, Isteriku telah mendapat kecederaan ketika melaksanakan tugas di dapur (angkat air je..) Oleh kerana dulang yang diangkat mempunyai beban air yang lebih maka tangkainya telah patah... salah satu kaca gelas telah melukai jari kelingking isteriku & dikejarkan ke klinik disebabkan darah yang tidak mahu berhenti.. So terpaksa Dr. Sunita menjahit lukanya dengan 2 jahitan... di doakan cepat sembuh.

Jahitan di jari kelingking isteriku!

Tuesday, September 15, 2009

Berpuasa 2009

Sempena puasa tahun ini, pertama kalinya keluarga aku dan staf telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh pihak hotel (hehehe… senang, terus bayar aje). Walaupun keluarga aku tak ramai tapi dah campur orang lain penuh sesak jugaklah hotel nie… sampai nak begerak pun susah. Sepatutnya pihak hotel limitkan bilangan pelanggan, jangan main terima aje…..

Dhani awal-awal lagi dah tunggu dalam kereta!

Sedang menunggu waktu berbuka.

Alhamdulillah, walaupun tahun ini baru tahun ke-2 syarikat aku beroperasi tetapi telah menunjukkan prestasi yang agak cemerlang. Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang tuaku, isteri, adik-beradik & juga staf-staf aku yang sentiasa cuba buat yang terbaik! Di kesempatan ini aku juga ingin memanjatkan kesyukuran di atas nikmat & kejayaan yang dikurnia-Nya.

Aku, Isteri, Umie & Abah.

Jimmy, Ida, Umie & Abah.

Sue, Mira, Umie & Abah.

Dari kiri Hafiq, Fadzli & Rizal

Mohon maaf kepada semua & SELAMAT HARI RAYA 2009!!!

Sedang menonton persembahan lagu raya...

Monday, June 29, 2009

Birthday Dhani 2 Tahun

Pada 25 June 2009 genaplah 2 tahun umur Dhani . Now dah bertambah besar so makin bertambahlah kenakalan. Kebetulan ketika menyambut birthday Dhani, To’ki Abah pun dah pulang dari KL so dapat lah join sekali. Suka sangat si Dhani meniup lilin, lepas tiup dia suruh nyalakan kembali… then dia tiup lagi dan suruh nyalakan semula….. sabar je lah!

Happy Birthday Dhani

Tiup Lagi!!!

Sekarang makin menjadi-jadi kenakalan si Dhani. Kalau nak pergi shopping memang takleh bawa dia… kalau tidak asyik kena kejar dia dalam mall ajelah jawabnya. Dhani nie jenis tak takut, dia kalau boleh nak jalan-jalan sorang dalam mall…. Pening…

Berehat setelah penat mengejar bola.

Berebut minum air

Dhani cuba bermain muzik....

Namun begitu Dhani nie kadang-kadang pandai bodek aku dan emaknya...

Cuba belajar Solat

Dhani sedang berdoa...

Walaupun tahun ini aku sibuk dengan syarikat, tapi sempat jugalah aku bawa keluarga berjalan-jalan makan angin. Pada bulan 3 yang lepas aku bawa keluarga dan Ummie aku melancong ke Kota Jakarta, Indonesia. Punyalah sakan isteri & mak aku shopping, sehari suntuk masih tak cukup masa… aku dan Dhani tido kat hotel ajelah…

Breakfast dulu... sebelum gie shopping.

Dhani bersama Tok'Mi di Taman Mini, Jakarta.

Pada bulan April 2009 sempat juga aku dan keluarga Muiz bercuti di Melaka. Gembira gak isteri aku sebab inilah first time dia ke Melaka. Hampir semua tempat isteri aku nak pergi...

Dhani bersama Kak Fatiah, Abg Uwais & Usaid di A'Famosa, Melaka.

Dhani melihat peninggalan Kota A'Famosa

Melepaskan penat bersama Muiz

Lily bersantai bersama Hayati dan anak-anak

Bersiar-siar di hari terakhir di sekitar Kota Melaka.

Dhani mencuba beca Kota Melaka...

Bergambar kenangan bersama Muzium Kapal.

Tuesday, January 06, 2009

SeLaMAT TaHUn BaRU 209

Salam.... now kita dah berada di tahun baru 2009. Maklumlah sejak aku berhenti kerja (31 Nov 2008) yang lepas, aku mula concentrate pada perniagaan sendiri. Walaubagaimanapun aku sekeluarga sempat balik ke Sabah selama 2 minggu bagi meraikan Krismas bersama keluarga mertuaku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan urusan perniagaan pun baik.


Bergambar di "1" Borneo dalam suasana Krismas


Dhani bersama sepupunya; Abang Mun Mun & Abang Raven bosan menunggu mak masing-masing bershopping.


Dhani bermain bersama abang-abangnya.


Dhani bersama auntie cute ketika check-in di Ranau.


Bergambar di depan apartment di Ranau.


Permandangan sekitar Ranau.


Berhenti makan di Tuaran ketika perjalanan ke Hot Spring.


Sudah sampai di Hot Spring.


Jambatan gantung di Hot Spring


Mandi kolam air panas.


Bersiar di Ranau


Suasana Pagi di Ranau


Mummy, Mui Mui dan Dhani


Gambar sekeluarga.


Bersiar-siar sebelum balik ke Papar


Dhani & Uncle Antony bersiap nak balik.


Pokok Krismas di rumah.