Jiwa Kacau

Friday, February 24, 2006

BBQ BerSaMa PelAjAr

Esok aku ader kursus kat Jengka, then hari ahad pula ader family day untuk department aku. Seronok gak dapat berkumpul satu department bersama ahli keluarga masing-masing. Harap-harap la tak hujan, kalau hujan turun jugak, alamat tak idup la bara api untuk BBQ nanti.

Last aku join BBQ bersama-sama anak buah aku (DKM5S1). Bulan december memang time hujan. Tapi memandangkan semester akhir mereka ada kat sini sebelum menjalani latihan industri, kami bersetuju untuk melaksanakan juga majlis BBQ dalam hujan. Hehehhe habis lenjun semuanya. Namun aku amat menghargai semangat anak buah aku, mereka tetap bersungguh-sungguh dan join dalam semua aktiviti walaupun dalam hujan.

Masing-masing enjoy dalam majlis tue! Sukaneka tetap meriah dan riuh rendah malah taklah terasa penat sangat sebab tiada pancaran terik matahari.

Aku doakan anak-anak buah aku menjalani latihan industri dengan jayanya!

Dalam hujan pun boleh laa... dah lapar!!!

Pesta air...

Team yang tetap bersemangat walaupun kalah dalam sukaneka

Bersama Mr. Humam dari KPM sebagai pengadil jemputan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home