Jiwa Kacau

Thursday, February 01, 2007

TaHuN 2006

Hari ini merupakan hari pertama bagi bulan Febuari 2007. Sekejap jerr dah habis bulan Januari….. Tahun baru nie macam-macam azam baru ada, salah satunya nak bawa isteriku melancong keluar negara. Sebenarnya dari tahun lepas lagi hajatnya, tetapi macam-macam alasan timbul. Mungkin belum ada rezeki lagi gamaknya.

Namun begitu, tahun lepas aku berpeluang bawa isteriku ke Majlis Berbuka Puasa anjuran kelab staff ditempatku bekerja. Pada waktu inilah buat pertama kali isteriku berkesempatan menunaikan ibadat sunat Terawih. Insyallah aku akan bawa dia selalu pada masa akan datang.

*setelah tamatnya majlis… malam ini juga isteriku start muntah-muntah..huhuhuu..

Selepas Hari Raya kami pulang ke Tawau dan Kota Kinabalu selama seminggu. Banyak jugaklah kos yang kena tanggung. Next time kena prepare kewangan baik2… baru boleh balik… hehhehe… puas jugak lah kami berjalan-jalan… Cuma tak sempat beraya di rumah kenalan isteriku kerana masa seminggu amat terhad untuk 2 tempat persinggahan. Insyallah raya tahun ini kami beraya di Tawau.

Bersama anak saudaraku Haziq, setelah penat beraya

Aku dan Onet (Sepupu di Tawau)

Mummy, Jun Jun (anak Saudara) dan aku bergambar di sekolah mummy, Papar.

Kami juga sempat menghadiri majlis Makan Malam di De’ Rhu Resort. Tetapi aku sibuk sedikit pada malam tue, membantu apa yang patut bagi memastikan kelancaran majlis. Kesian isteriku duduk sorang-sorang. Apa-apa pun enjoy…..

Bersama Amar (artis jemputan)....

Biasalah, dah habis majlis baru sempat bergambar.

Walaupun tak dapat membawa isteriku melancong keluar negara, pada tahun baru 2007 aku dan Muiz sekeluarga bercuti di Genting Highland. Seronok jugak dapat rehat sekali sekala dan aku harap isteri gembira. Cuma anak-anak Muiz masih kecil untuk menikmati percutian kali ini.

Gambar ini diambil sebab teringat kat ibu Rose hehehe...

Breakfast nie aku pulun betul2... maklumlah makan di sini mahal hooo.

Ini waktu nak balik dah nieee... kira last capture

Mungkin hajat untuk melancong keluar negara terpaksa ditangguhkan untuk jangka masa yang agak lama memandangkan isteriku kini sedang mengandungkan pewaris tahta aku nanti… lambat lagi laa jawabnya…. Huhuuhuh…

Besama keluarga Muiz... Semoga bahagia.. dengan cahaya mata baru!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home