Jiwa Kacau

Monday, February 12, 2007

FutSaL & KahWiN

Pagi-pagi lagi (sabtu -10/2/07) aku dah sampai kat gelanggang futsal Kampung Tiram. Tak sabar tunggu perlawanan bermula. Hampir semua IPT/IPTS di Kuantan nie mengambil bahagian. Walaupun skuad student nie baru saja dikumpulkan dalam seminggu lebih, tapi harapan kami tinggi menggunung pada mereka nie...

Bersedia untuk game ke-2.

Lebih kurang pukul 8.15 am skuad student dipanggil untuk memulakan game pertama menentang Shahputra. Apa lagi kelam kabut sebab jersi pun tak pakai lagi. Lepas dah ready, pengadil pulak tak bagi masuk padang sebab tak pakai stoking panjang. Dah puas merayu pengadil bagi gak masuk dengan syarat game seterusnya pakai stoking panjang.

Menerima arahan daripada jurulatih bola jaring (ITD) heheh…

Game pertama kalah 0-1. Sedih jugak sebab gol yang bolos tue kira bola mudah. Mungkin skuad aku nie gabra. Game kedua pulak menang 2-1 then kalah ngan POLISAS A 1-5 dan game last menang 3-0. Tapi tak cukup untuk layak ke suku akhir. Apa-apa pun ia pengalaman yang cukup berharga dan kami dah berusaha sebaik mugkin.

Sungguh berbangga dengan kehadiran Ketua Eksekutif untuk memberikan sokongan.

Berehat, setelah mencatat kemenangan pertama.

POLISAS A merupakan pemenang pertandingan kali ini. Semoga pada masa akan datang kami akan lebih bersedia!!!

Pengurus pasukan, persis Norizan Bakar dan juruletih fizikal sedang memujuk ED untuk membeli padang futsal Kg. Tiram :)

Gambar kenangan dengan jersi baru sebelum membelasah lawan.

Belum lagi hilang penat berfutsal (walaupun tak main) aku bergegas ke Kelantan bersama isteriku dan Pok Mudo bagi menghadiri malis perkahwinan kawanku Norazman. Kesian isteriku, muntah2 dalam perjalanan. Maklumlah sedang bebadan dua. Kami sampai lebih kurang pukul 11.30pm.Yang peliknya isteri aku terus cergas apabila dibawa ke Wakaf Che Yeh untuk membeli belah. Aku & Pok Mudo kena tunggu sampai pukul 1.30 pagi baru isteriku berhenti bershoping. Begitulah orang perempuan.

Pengantin belum mandi lagi…

Sedang bersiap sedia untuk bertolak.

Jam 9.30am (11/2/2007) aku dah sampai di Tanah Merah (tempat berkumpul). Bertolak ke destinasi tepat jam 10.00am iaitu ke Kg Sg Sokor. 10 biji kereta semuanya berarak. Punyalah jauh masuk ke situ…. Tapi dah jodoh Man…. Redah je laaa….

Berhenti sebentar, jauhnyerrrrrrr….

Akad kali ke 3….

Lepas 3 kali akad nikah, sahlah Man dah jadi suami orang. Tahniah Man. Jam 3.00 kami pun bertolak balik meninggalkan Man bersama keluarga barunya….

Tahniah Man, Semoga Berhagia

Bergambar dengan pengantin sebelum balik.

1 Comments:

At 1:09 PM, Blogger Angah said...

Aku baru tau ko ada blog, aku baru tau ko kawen, aku baru balik dari Kuantan atas urusan kerja. Singgah PSDC kejap jek jumpa intan..

Anyway selamat menjadi ayah ek... do visit mine at http://angah.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home