Jiwa Kacau

Thursday, August 02, 2007

KiSAh BuLAN Lalu

Hmmm... sejak dah jadi ayah nie macam-macam cabarannya dan agak sibuk jugak. Maklumlah malam-malam nak kena bangun buat susu then tak cukup tidur lepas tu nak pergi kerja lagi. Merah aje mata kat tempat kerja (mula-mula aje, lepas tu tak larat nak bangun malam hehehee...)

Allahamdulillah intake julai baru-baru ini telah mencapai target dan telah berjaya dengan jayanya. Berkat usaha team kami yang tidak mengenal penat dan jemu telah membuahkan hasil yang memuaskan!! Thanks to all... Insyallah PSDC akan mengadakan kenduri kesyukuran bagi kejayaan dan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Kalau tak silap aku bulan nie jugak nak diadakan kendurinya dan dengarnya seekor lembu bakal ditumbangkan untuk dijamu kepada seluruh warga PSDC.

Bergambar dengan anak didik Adnan Abu Hassan huhuhuuu...

Baru-baru ini Suhadi sekeluarga telah pulang bercuti setelah hampir setahun lebih berada di Sibu, Sarawak. Hampir 2 minggu jugak dia berada disemenanjung ini. Suhadi telah mengadakan kenduri di rumah ayahnya dan sempat jugak aku tengok anaknya. Dalam sibuk-sibuk sempat jugak si Syahril menganjurkan majlis karaoke sempena kepulangan Suhadi heheheee.....

Suhadi mendendangkan lagu untuk isteri tersayang

Puteri kelahiran Sarawak kesayangan Suhadi

Anak aku pulak sekarang dah kurang meragamnya... cuma kalau malam tue menangis nak susu atau mintak ditukarkan pempersnya. Kira ok la, asyik tidur aja kerjanya. 25 julai lepas aku bawa Dhani ke klinik untuk diberi suntikan. Sekejap aje nangis sebab terkejut lepas tu releks aje. Beratnya pun dah bertambah jadi 4.1kg, doktor kata beratnya bagus. Now Dhani dah pandai senyum dan ketawa tapi kalau start nangis gegar satu rumah.....

Dhani bersama sepupunya Insyirah

Menjeling minta didukung

Aku pujuknya untuk tidur selepas puas menangis

Bersama Tok Ma nya yang datang dari Terengganu

Dhani bersiap nak pergi main futsal hehehe.....

Sabtu lepas ada pertandingan badminton antara rumah sukan kelab staf PSDC. Allahamdulillah rumah sukan aku (rumah merah) telah menjuarai bagi kedua-dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Aku dan pasangan aku, Mr. Kassim telah berjaya mengalahkan rumah hijau di final yang diwakili oleh Hafiz dan Fahmi dengan menggunakan kekuatan mental dan hipotisis... hehehe...

Aku sedang membaca jampi serapah sebelum membuat servis

Ketika menjadi pengadil... tapi aku tak pandai nak kira pun

Sempat berposing tanpa menghiraukan bulu tangkis masuk ke gelanggang

Punyalah penat sebab kami bertarung dari pagi hinggalah petang. Namun begitu puas jugaklah kerana dapat bermain buat pertama kalinya di dewan PSDC yang baru siap nie.

Pemain paling menyerlah... Dfara

Menerima Hadiah Johan dari YM Raja Ismail

Bergambar bersama menggambarkan semangat kesukanan yang tinggi!!

Insyallah minggu depan (8 Ogos & 14 Ogos 2007) aku dan rakan-rakan akan membawa pelajar untuk lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur. Semoga lawatan ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home