SELAMAT hari RAYA !
Selamat Hari Raya buat semua!!!... Tahun nie aku sekeluarga berhari raya di Kuantan aje... Emak aku cadangnya hendak pulang ke Kelantan pada Hari Raya ke-2. Tapi terpaksa dibatalkan memandangkan ada rombongan meminang dari Johor pada Hari Raya Ke-3. Tidak dilupakan Selamat Hari Raya juga keluarga di Tawau, Sabah. Maaf tak dapat pulang tahun ini kerana Lily tak dapat nak arrangekan cutinya... Insyallah tahun depan kami beraya di Tawau.
Sembahyang Raya tahun agak sesak juga Masjid Medan Tok' Sira. Tak macam tahun lepas yang agak boleh tahan aje, mungkin ramai pulang beraya di Kuantan tahun nie kot! Aku tengok Norman Hakim pun ada... maklumlah bujang kembali huhuu
Hari Raya Pertama macam biasa aku beraya di rumah saja, menunggu tetamu datang. Aku tahan sampai pukul 5 aje, then tumbang atas katil.... sebab penat makan hehehehee...
Hari Raya Ke-2 pula sempat aku beraya di Bukit Goh (rumah mertua adik aku) & rumah Syahrir... lepas kena balik rumah dah sebab tetamu nak datang. Apapun Dhani suka sangat raya tahun nie.... maklumlah dia dah paham skit-skit...
Pada Hari Raya Ke-3 sebelah malamnya rombongan meminang adik perempuanku pun datang. Tunggu punya tunggu... pukul 9 malam lebih baru sampai... walaubagaimanapun semua urusan berjalan dengan lancar seadanya.... & insyallah kerja kahwin akan diadakan pada bulan 6 tahun depan Allahamdulillah...
Terima kasih pada semua kaum keluarga dari KL, Kemaman & Bukit Goh kerana sudi membantu sepanjang proses peminangan berjalan terutamanya Angah Misai selaku wakil & jurucakap pihak perempuan...
Pada Hari Raya ke-5 ketika keluarga dari Terengganu singgah beraya, Isteriku telah mendapat kecederaan ketika melaksanakan tugas di dapur (angkat air je..) Oleh kerana dulang yang diangkat mempunyai beban air yang lebih maka tangkainya telah patah... salah satu kaca gelas telah melukai jari kelingking isteriku & dikejarkan ke klinik disebabkan darah yang tidak mahu berhenti.. So terpaksa Dr. Sunita menjahit lukanya dengan 2 jahitan... di doakan cepat sembuh.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home