Jiwa Kacau

Thursday, September 25, 2008

25 SePteMBeR 2008

SYED AHMAD DHANI

Hari ini genap umur si Dhani 1 Tahun 3 Bulan. Sedar tak sedar Dhani dah lebih setahun umurnya. Kerenahnya pun makin bertambah. Kadang-kadang tak larat aku nak melayannya. Nakalnya semakin menjadi-jadi. Kalau nak sesuatu barang mesti dia cuba dapatkan, kalau tak mengamuk laa jawabnya.

Mula-mula Dhani belajar menirap (3 bulan)

Ketika Dhani berumur 4 bulan lebih selepas balik ke sabah, kami bercuti di Langkawi. Alhamdulillah, Dhani tak banyak kerenah. Tidur saja dalam perjalanan. Boleh dikatakan pelancong paling baik. Hehehehee...

Baru tiba di jeti Pekan Kuah, Langkawi.

Bergambar di kilang minyak gamat.

Cantik permandangan di bawah Gunung Mat Cincang

Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang

Selepas balik dari Langkawi, dalam bulan disember aku kena pergi kursus/bengkel pulak kat Genting. So berjalan lagi la Si Dhani. Macam biasa dia tak banyak kerenah.

Di Genting View Resort. Ketika ini umur Dhani dah masuk 5 bulan 13 hari.

Dhani bersama Toki Abah di De'Plama Ampang.

Menemani Mummy shopping kat Tesco Ampang.

Ketika di Suria Cherating (Family Day PSDC)

Dhani sekarang dah boleh la bercakap sikit-skit. Jadi senang la nak berkomunikasi dengan si Dhani nie. Cuma masalahnya Dhani nie tak boleh duduk diam waima dalam 5 saat pun. Mesti ader saja kerja yang dia nak buat dan asyik berpeluh aja.

Dhani bermain dalam playpennya

Aksinya bila nampak lampu flash camera

Satu lagi masalah si Dhani ini ialah tidur. Punyalah payah nak suruh tido. Asyik bermain aja. Tiap-tiap hari kalau tak pukul 12 malam, pukul 1 pagi baru nak tidur itupun setelah semua punca cahaya di tutup.

Dhani bersama Toki Abah, Tokmi dan Abang Haziq

Rambut Dhani di gunting buat pertama kali.

Semasa umur Dhani masuk 11 bulan & mula berjalan

Aksi Dhani sebelum mandi

Dhani sesudah mandi

Bermain bersama Insyirah

Dhani berjalan-jalan di Teluk Chempedak

Dhani bermain di Kuantan Plaza

Dhani mencuba kereta mainan

Menyambut birthday Tok'Mie (11 Ogos'08)

Dhani berjoging bersama Mummynya di Taman Gerlora

Bergambar di Taman Gelora

Dhani bersiap nak pergi shopping Raya

1 Comments:

At 1:16 PM, Anonymous Anonymous said...

amboi dhani bukan main ye. biasalah boy memang cenggitu....

 

Post a Comment

<< Home