RaYa 2008 mEnJeLaNg TIbA
Assalamualaikum, lebih setahun aku tak menulis kat blog nie. Nak kata sibuk... memang sibuk gak sejak aku menceburi bidang perniagaan secara serius. Dah nak raya dah pun, tinggal 8 hari sahaja lagi umat Islam berpuasa then terus raya. Tahun nie aku dan keluarga beraya kat Kuantan. Teringat lak aku tahun lepas (2007) beraya di Tawau, Sabah. Meriah jugak, maklumlah tak pernah rasa cara orang di Tawau beraya. Terima kasih kepada Uncle, auntie dan semuanya keluarga di Tawau & Papar kerana sudi menerima kami sekeluarga.
Beraya di Tawau satu pengalaman baru bagiku. Di sini selepas sembahyang raya semua orang berkumpul dan beraya di rumah Pak Tua. Selepas itu kami bergerak beramai-ramai (dalam 6-7 buah kenderaan) dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Rumah yang di singgah biasanya rumah saudara yang sudah tua dan dihormati. Setiap persinggahan akan diadakan bacaan doa selamat dan acara makan sehinggalah salah seorang mambaca selawat ke atas nabi. Aku yang tak biasa memanglah nak pecah perut rasanya. Bayangkan setiap rumah yang disinggah ada acara makan. Dalam pukul 3 petang acara ini pun tamat. Ada yang beritahu kalau dulu acara ini sampai ke malam... heheheheee namun sesungguhnya acara ini secara tak langsung dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan.
Hari raya yang ke-5 aku sekeluarga pulang ke Papar, Kota Kinabalu. Menziarahi pula grand papa & grand mama Si Dhani. Inilah kali pertama Dhani bersua grand papa & grand mamanya. Ketika di Papar selain pergi shopping kami pulang ke Bongawan untuk beraya dengan auntie Maria.
Setelah 4 hari di Papar, kami pun pulang ke semenanjung dan berehat sehari di Skudai, Johor. Keesokannya terus pulang ke Kuantan kerana Toki Abah tak sabar untuk berjumpa dengan Dhani.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home