Jiwa Kacau

Tuesday, June 28, 2005

Ke Putrajaya

Last Saturday aku dan Farid membawa bekas pelajar-pelajar PSDC ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi menyertai program GREAT MALAYSIAN JOB HUNT yang bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) and has attracted over 11,000 hopeful graduates. Kat TV pulak cakap lebih 20,000 orang (tak tahu mana betul).



Bagus jugak program nie, banyak related with my student skills. Tapi malangnya banyak jugak company asking for experienced. Kata untuk graduan menganggur, macam mana nie!!! Apa-apa pun our students needs to improve their communications skills. Sebab at that time interview nanti diorang bukannya tengok skill sangat. Diorang hanya nilai dari segi lisan saja, that’s why ada yang diambil bekerja tetapi takleh bekerja… yang boleh bekerja tapi gagal apabila disoal tak dapat la kerja… heheheh… (aku agak jeerr.)

Antara pelajar yang mengikuti program nie....


Ketika aku cuba mengangkat bangunan untuk dibawa balik ke Kuantan...

Pose bergaya dari Farid sebelum berangkat pulang ke kuantan... pukul 12.30 malam baru sampai

Friday, June 24, 2005

Bola



Persembahan yang mantap. Walaupun kalah 4-0, tapi dari penampilan kami telah menang! Heheheheee

Monday, June 20, 2005

iman seekor Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairanbagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas;kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satubulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!.Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut:"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidakpernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah akumakan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

Friday, June 17, 2005

Iman Manusia

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orangmati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nankir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakahdaripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tanganAllah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali:"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA"."ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA"."ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN"."HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMUBERTAMBAH APABILADIBELANJAKAN".

Tuesday, June 14, 2005

Cuti







Yahoooooo.... esok aku cuti, 2 hari. Tapi banyak jugak kerja lain nak buat. Nak gie renew lesen, nak register sebagai pembekal, pergi ke SUK dan juga bank.