Jiwa Kacau

Wednesday, August 30, 2006

Dah Hampir 5 Bulan Aku Kahwin

Assalamualaikum,



Dah hampir 5 bulan aku kawin, lama dah jugak. Tak lama lagi nak puasa dan Hari Raya menjelma. So kira first time la nie balik kampung wife untuk berhari raya.

Teringat kembali masa kahwin dulu, aku satu family ambil flight kat Senai, Johor. Tue kira yang paling murah lah tu. Sampai Tawau kul 7.30pm. Aku disambut oleh pakcik wife aku iaitu uncle Richard. Beliaulah yang menjadi wali kepada wife aku memandangkan bapa dan ibu kepada wife aku bukan muslim.

Walaubagaimanapun pakcik wife aku dan keluarganya sungguh berbesar hati untuk meraikan hari perkahwinan aku.

Masa nie baru sampai kat umah Uncle Richard.

Syukur, pada 8 April 2006 aku selamat diijabkabulkan dengan Nureen Mecharle Abdullah. Pada hari pernikahan aku demam, so tak lah berpeluh! heheheh....

Masa nie dah rasa okey lah....

Aku amat terhutang budi kepada keluarga wife aku di Tawau kerana sanggup bersusah payah melangsungkan hari perkahwinan aku. Jasa uncle Richard, Pak Tua dan semua keluarga di Tawau akan aku kenang hingga ke akhir hayat.

Bersama Uncle Richard, Mumy, Auntie dan Richel.

Tidak ketinggalan juga, jutaan terima kasih kepada Makngah dan Pakngah aku yang turut bertungkus lumus meraikan perkahwinan aku. Terutama makngah aku yang bersungguh-sunguh menunggu hari perkahwinan. Malah mereka terlebih dahulu sampai ke Tawau daripada aku. Thanks again!

Abah dan Ummi.....

Bersama pari-pari Tawau... ;)

Bersama keluarga aku yang turut mengiringi aku dari semenanjung.

Majlis di Kuantan berlangsung pada 27 May 2006. Walaupun keluarga dari Sabah tidak dapat hadir, aku masih ada keluarga PSDC. Warga PSDC lah menjadi rombongan pihak perempuan. Jutaan terima kasih kami berdua ucapkan buat semua warga PSDC.

Warga PSDC : Terima kasih!!!!

Tidak ketinggalan buat kekanda Suhaizzat sekeluarga dan bekas pelajar DKM yang sanggup membantu di majlis perkahwinan aku. Bekas pelajar DKM nie sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk membantu menghantar hidangan dan mencuci pinggan. Jasa mu semua tak terbalas dan akan kami kenang hingga ke akhir hayat.

Bersama Kekanda Suhaizzat sekeluarga yang sanggup mengambil cuti untuk menolong di majlis! Thanks Bro!

Bersama Syed dan pelajar DKM (Fadzli, Zuhdi dan Mukhlis) Terima Kasih!

Hmm... raya nie aku kena balik Tawau dan Kota Kinabalu.Tiket tak beli lagi. Kiranya Chistmas nanti dah tak payah balik ke KK (rumah mertua), jimat skit. Aku round sekaligus. Kalau nak balik banyak kali, berpuasa aku sampai bulan Disember la jawabnya...

Terima kasih kepada semua daripada kami berdua.

SELAMAT HARI MERDEKA KE 49!!!