Birthday Dhani 2 Tahun
Pada 25 June 2009 genaplah 2 tahun umur Dhani . Now dah bertambah besar so makin bertambahlah kenakalan. Kebetulan ketika menyambut birthday Dhani, To’ki Abah pun dah pulang dari KL so dapat lah join sekali. Suka sangat si Dhani meniup lilin, lepas tiup dia suruh nyalakan kembali… then dia tiup lagi dan suruh nyalakan semula….. sabar je lah!
Sekarang makin menjadi-jadi kenakalan si Dhani. Kalau nak pergi shopping memang takleh bawa dia… kalau tidak asyik kena kejar dia dalam mall ajelah jawabnya. Dhani nie jenis tak takut, dia kalau boleh nak jalan-jalan sorang dalam mall…. Pening…
Namun begitu Dhani nie kadang-kadang pandai bodek aku dan emaknya...
Walaupun tahun ini aku sibuk dengan syarikat, tapi sempat jugalah aku bawa keluarga berjalan-jalan makan angin. Pada bulan 3 yang lepas aku bawa keluarga dan Ummie aku melancong ke Kota Jakarta, Indonesia. Punyalah sakan isteri & mak aku shopping, sehari suntuk masih tak cukup masa… aku dan Dhani tido kat hotel ajelah…
Pada bulan April 2009 sempat juga aku dan keluarga Muiz bercuti di Melaka. Gembira gak isteri aku sebab inilah first time dia ke Melaka. Hampir semua tempat isteri aku nak pergi...


