Jiwa Kacau

Thursday, November 09, 2006

MaCam-mAcAM

Banyak jugak aktiviti tahun nie. Maklumlah dah hidup berdua. Sampai takde masa nak blog. heheheh... baru-baru nie aunty dari tawau datang ke semenanjung untuk berkursus. So aku jemput dia di KL untuk bawa jalan-jalan. Sempat jugak beliau menjeguk suasana dikuantan. Cuma beliau tidak dapat membawa anak-anaknya. Aku bercadang hendak membawa mereka bersukaria di Kota Keriangan.

Isteriku bersama aunty & ibu mertuanya di Teluk Cempedak.

Hanya kami berdua ke Genting....

Selain tu aku jugak terlibat dengan aktiviti terbaru tempat kerjaku. Kami telah membuat satu konvoi beramai-ramai menaiki motosikal bersama pelajar (aku naik bas laa) ke Kg. Temin Jerantut sempena penutupan bulan kemerdekaan tahun 2006.

Ketika dalam perjalanan ke Temin.

Sampai sahaja di sana kami membuat kerja-kerja amal; antaranya membersihkan kawasan perkuburan dan gotong royong membersihkan kawasan Masjid Temin. Termasuklah gotong-royong memasak bagi acara makan pada malamnya. Sibuk jugalah kami dibuatnya... namun pelajar semuanya memberi kerjasama dan menunjukkan kesungguhan yang bagus sekali.

Kerja sikit dah pulun makan!!! huuhuhu

Malamnya pulak ada solat hajat perdana dan ceramah daripada Cikgu Raja Ismail kepada penduduk setempat. Kami bertolak pulang malam tue jugak. cuma students pulang pagi esoknya. Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan pulang. Semoga aktiviti sebegini diadakan selalu....

aku menunjukkan skill!!! hangus!!!