Jiwa Kacau

Sunday, October 05, 2008

SeLAmAT HaRi RAya 2008

Selamat Hari Raya kami sekeluarga ucapkan kepada semua kaum keluarga, sahabat handai dan umat Islam. Tidak dilupakan buat keluarga di Tawau, Sabah iaitu Uncle Rizal sekeluarga, Bapak Tua sekeluarga, Uncle Rahman sekeluarga, Uncle Rosli sekeluarga serta semua keluarga yang lain dan tak mampu ku nak menulis semuanya, ampun maaf dipinta. Insyallah, tahun depan kalau ada rezeki dan panjang umur kami akan beraya di sana pula.

Dhani mencuba songkok raya

Berehat sebentar setelah penat melihat barang

Dhani bermain bunga api di malam raya

Hari raya pertama aku beraya di rumah(Kuantan) sahaja. Dari pagi hingga ke malam tetamu datang beraya. Walaupun penat tetapi kami bergembira dan berterima kasih kerana sudi datang beraya di rumah kami. Aku juga mohon maaf jika ada kekurangan ketika beraya dirumah ku, maklumlah tak sempat nak layan semua.

Dhani dan Toki Abah di pagi raya

Bergambar sekeluarga. Cuma Adikku beraya di rumah mentuanya.

Isteri, anak dan aku!!

Tahun ini merupakan tahun ke-3 Dhani berhari raya. Tapi baru tahun ini dia nampak enjoy dengan sepupu-sepupunya, maklumlah dulu kecik lagi. Dhani pun sibuk melayan tetamu yang seusia dengannya... seronok bermain sampai tak nak tido..

Dhani bergambar dengan Acu.

Dhani, Insyirah dan Haziq

Aksi adik beradik

Dhani bersama Atuk-atuknya...

Hari raya ke-2 hingga ke-4 pula aku beraya di Kuala Terengganu. Kami berkumpul termasuklah Ayah Long, Ayah Ngah dan Umie Yatie disebelah Abah di Anjung Pantai Resort, Seberang Takir. Kami semua secara konvoi beraya di rumah saudara mara di Kuala Terengganu. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai nie. Cuma yang tak tahan ialah kesesakan jalan raya yang semakin parah. Bayangkan dari Seberang Takir nak Mydin pun mengambil masa hampir 2 jam!

Dhani sibuk nak drive kereta ketika dalam perjalanan ke Terengganu

Pertama kali Dhani bermain pantai

Dhani bersama Pakciknya

Dhani dah Mummy semakin berani dengan pantai

Aku dan sepupu dah lama tak mandi pantai... so lepas geram la nie

Suasana pagi di Anjung Pantai Resort

Bergambar dengan Tok Ma

Hari Raya ke-5 kami semua dah berada di Kuantan semula. Punyalah penat... dari Dungun hingga ke Kemaman, sepupu aku yang drive. Aku tido laaa... Hari ini juga aku dah start kerja. Ada appoinment dengan client... tapi sebelah petang dan malam aku masih sempat pergi beraya ke rumah member-member dan saudara.

Dhani baru bangun... tido punyalah lena semalam

Dhani dan Mummy bersiap nak beraya di Kuantan pulak.

Gosok gigi dulu sebelum beraya...ok

Dhani dah ready nak beraya di rumah Tok Su

Aminnnn.....