Berpuasa 2009
Sempena puasa tahun ini, pertama kalinya keluarga aku dan staf telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh pihak hotel (hehehe… senang, terus bayar aje). Walaupun keluarga aku tak ramai tapi dah campur orang lain penuh sesak jugaklah hotel nie… sampai nak begerak pun susah. Sepatutnya pihak hotel limitkan bilangan pelanggan, jangan main terima aje…..
Alhamdulillah, walaupun tahun ini baru tahun ke-2 syarikat aku beroperasi tetapi telah menunjukkan prestasi yang agak cemerlang. Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang tuaku, isteri, adik-beradik & juga staf-staf aku yang sentiasa cuba buat yang terbaik! Di kesempatan ini aku juga ingin memanjatkan kesyukuran di atas nikmat & kejayaan yang dikurnia-Nya.
Mohon maaf kepada semua & SELAMAT HARI RAYA 2009!!!


