Jiwa Kacau

Wednesday, June 27, 2007

nEW bOrN

Syukur, alhamdulillah.... akhirnya aku bergelar bapa setelah dengan izinNya kami telah dikurniakan cahaya mata lelaki pada 25 Jun 2007 jam 3.45 pagi.

Isteri ku telah mengadu sakit dan mendapati darah telah keluar pada 24 Jun 2007 jam 2.00 petang. Tapi aku suruh sabar dulu... maklumlah tak reti nak buat menda. Namun pada jam 8.00 malam isteriku mengadu lagi sakitnya menjadi-jadi. So aku pun tanya mak aku dan rujuk kepada pakar sakit tuan & puan iaitu Dr. Suhaizzat (Bidan Desa Damansara). Beliau menasihatkan aku hantar wife ke hospital.

Tanpa berlengah lagi kami pun ke Specialist Hospital di Alor Akar. Setelah 10 minit ditempatkan di wad, Dato' Dr. Goh pun sampai. Setelah pemeriksaan, beliau menyatakan semuanya bagus cuma laluan untuk baby belum ada. So kenalah menunggu lagi.

Isteri bersama Umi melihat keadaan Syed Ahmad Dhani...

Lebih kurang pukul 2.00 pagi aku dikejutkan oleh nurse yang masuk dan menyatakan jantung baby ada masalah. Jantungnya terlalu slow. Selepas itu Dato' Goh pun sampai dan dengan kelam kabut menyatakan isteriku perlu dibedah bagi memastikan keselamatan baby. Aku setuju ajalah... lebih kurang jam 3.20 pagi isteriku perlu dimasukkan bilik bedah. Aku diberi peluang oleh Dato' Goh untuk berjumpa isterku dan aku sempat mencium serta memberi kata-kata semangat pada isteriku sebelum nurse menghantarnya ke bilik bedah.

Waktu menunggu ini merupakan masa yang paling getir aku lalui. Bermacam-macam aku fikirkan... namun aku serahkan segalanya pada Allah yang Maha Esa. Nurse telah menempatkan aku dipintu di mana baby akan dibawa keluar. Dengan penuh sabar dan tawakal aku menunggu di luar bilik bedah.

Putera kesayanganku sedang tidur setelah puas menangis

Lebih kurang pukul 3.50 pagi, Dr. Lee (doktor bayi) telah keluar dan mengucapkan tahniah padaku dan menyatakan aku mendapat baby boy. Syukur alhamdulillah. Tak lama selepas itu bayi sulungku dibawa keluar oleh nurse dan dibersihkan sebelum diserahkan padaku untuk diazankan.

Aku perlu menunggu sehingga pukul 4.30 pagi untuk melihat kelibat isteriku dibawa keluar dari bilik bedah. Keadaannya sungguh mengharukan. Dia meracau-racau kesakitan dan mulutnya sentiasa menyebut Allah..Allah..... aku rasa sungguh perit melihat keadaannya begitu.





Aku menenangkan isteriku di wad. Nurse memasukan ubat penahan sakit kepada isteriku selepas subuh melihatkan keadaannya yang masih sakit. Akhirnya isteriku sedar jam 7.45 pagi. Dia menyatakan amat sakit dan aku hanya mampu menenangkannya......

Cutenya... mata ikut ibunya...hehehee....

Isteriku hanya dibenarkan minum jam 4.00 petang dan makan jam 5.00 petang. Kesian aku tengok isteriku kehausan dan kelaparan. Tapi dah procedure macam tu nak buat macam mana. Isteriku dibenarkan Keluar jam 3.30 petang pada 26 Jun 2007 setelah diperiksa oleh Dato' Goh.



27 Jun 2007 - Aku telah ke pejabat pendaftaran untuk mendaftarakan kelahirana anak ku. Syed Ahmad Dhani bin Syed Ahmad Sarwan, itulah nama putera sulungku... semoga dia sihat sejahtera dan dirahmati Allah SWT.

Bersama ibunya di rumah...

28 Jun 2007 - Esok aku masih bercuti kerana menguruskan isteriku. Maklumlah dia masih belum dapat bangun dan berdiri dengan sendiri. Maka aku kenalah bertanggungjawab untuk membersihkan dan memandikan isteriku. Pengorbanan isteriku takkan aku lupakan sampai bila-bila....
Dah boleh tidur dengan lena berbanding pada hari mula-mula pulang ke rumah