Jiwa Kacau

Friday, February 24, 2006

BBQ BerSaMa PelAjAr

Esok aku ader kursus kat Jengka, then hari ahad pula ader family day untuk department aku. Seronok gak dapat berkumpul satu department bersama ahli keluarga masing-masing. Harap-harap la tak hujan, kalau hujan turun jugak, alamat tak idup la bara api untuk BBQ nanti.

Last aku join BBQ bersama-sama anak buah aku (DKM5S1). Bulan december memang time hujan. Tapi memandangkan semester akhir mereka ada kat sini sebelum menjalani latihan industri, kami bersetuju untuk melaksanakan juga majlis BBQ dalam hujan. Hehehhe habis lenjun semuanya. Namun aku amat menghargai semangat anak buah aku, mereka tetap bersungguh-sungguh dan join dalam semua aktiviti walaupun dalam hujan.

Masing-masing enjoy dalam majlis tue! Sukaneka tetap meriah dan riuh rendah malah taklah terasa penat sangat sebab tiada pancaran terik matahari.

Aku doakan anak-anak buah aku menjalani latihan industri dengan jayanya!

Dalam hujan pun boleh laa... dah lapar!!!

Pesta air...

Team yang tetap bersemangat walaupun kalah dalam sukaneka

Bersama Mr. Humam dari KPM sebagai pengadil jemputan

Friday, February 10, 2006

BeRCutI

Hari nie, rakan-rakan sepejabat (aku dan Jane) mula memikirkan tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat percutian bersama-sama. Payah jugak nak cari tempat yang best tapi jimat kos. Tahun lepas kami pergi ke Bukit Tinggi, tapi tak ramai yang join atas sebab2 tertentu. Yang pergi ke Bukit tinggi ialah Muiz sekeluarga, Jane sekeluarga, Ibu Rose sekeluarga dan aku seseorang. Masing2 dah berkeluarga dan bawak anak sekali bercuti. Tahun nie aku berazam nak pergi sekeluaraga gak hehhehe….

Dua minggu lagi ada Family Day IT Department, so rasanya lambat lagi kot pergi bercuti nie. Tapi kena plan awal2 sebab ia melibatkan ramai orang, masa dan paling penting duit. Kalau dapat bonus cerahlah harapan nak bercuti bersama hihkhik…..

Permandangan macam di Perancis... tapi tak sejuk walaupun namanya Bukit Tinggi!

Bergambar beramai-ramai di Cokmar....

Di Taman Arnab... Subur arnab2 kat sini

Bersama Fatiah di kolam renang (pinjam anak orang jelaa dulu)

Sunday, February 05, 2006

LaSt gAme WiTh My StuDEnTs

Dah lama aku tak menulis kat blog nie. Orang lain sibuk gak, tapi aku nie sibuk campur malas kot. Petang jumaat lepas aku main bola. Tiba2 aje aku teringat kat student DKM yang sekarang sedang menjalani latihan practical. Rindu gak nak main bola dengan diorang nie. Bukannya apa, bila team staff berlawan dengan diorang nie, membuatkan team staff rasa hebat! Sebabnya team diorang nie asyik kalah dengan team staff… hahahahaaa…. Jangan marah!!!

Buat pengetahuan studentku yang sedang berpractical, kini team staff sudah lawan yang baru! Cuma mereka belum merasa kehebatan team staff lagi…. baru terasa bahang hehehhe….


Sebelum bermula perlawanan terakhir


Macam biasa team student kagum dengan kehebatan staff....